Jana Pendapatan

Saturday 5 October 2013

Merinyu senjata di ambang bahaya

BEIRUT: Pertempuran berdarah terus berlaku di pinggir Damsyik kelmarin, dengan kumpulan pemberontak yang bersaing saling menyerang satu sama lain di utara Syria.
Ini menjejas tugas pasukan merinyu senjata kimia antarabangsa.
Pertempuran itu memberi cabaran keselamatan kepada berpuluh pakar pelucutan senjata yang sedang cuba menepati tarikh akhir menghapuskan sekitar 1,000 tan senjata kimia yang disimpan Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad.
Misi pasukan merinyu itu, yang disokong ketetapan Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan minggu lalu, bertujuan melumpuhkan keupayaan Syria membuat senjata kimia menjelang 1 November dan memusnahkan semua simpanan senjata dan bahan kimia Syria menjelang pertengahan tahun depan.
Dalam kenyataannya, PBB dan Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), berkata "usaha sama dengan Syria telah bermula untuk menjamin keselamatan tapak tempat pasukan (merinyu) akan beroperasi, terutama sekali di kawasan-kawasan jauh dari bandar."
Menurut kenyataan itu lagi, perancangan masih diteruskan bagi menghapuskan kemudahan membuat senjata kimia sebagaimana perbincangan masih dilanjutkan tentang saiz simpanan bahan kimia Syria.
Perang saudara di Syria merupakan perang pertama yang perlu dihadapi pasukan pemeriksa OPCW dalam melaksanakan misi pelucutan senjata.
Pasukan awal seramai 19 pakar OPCW dan 14 kakitangtan PBB tiba di Damsyik kelmarin dan dalam masa seminggu, mereka akan disertai kumpulan kedua pasukan merinyu.
Menteri Maklumat Syria, Encik Omran al-Zoubi, memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa negaranya akan bekerjasama dengan OPCW dan menyelaraskan misi pakar, "termasuk memusnahkan simpanan (bahan kimia)."
Pakar di The Hague, pangkalan OPCW, berkata keutamaan pasukan merinyu adalah membantu Syria menghapuskan keupayaannya membuat senjata kimi menjelang tarikh akhir 1 November.
Beberapa anggota pasukan merinyu juga akan memeriksa sekali lagi pendedahan awal Syria tentang senjata dan bahan kimia yang dimilikinya, sementara sebahagian pemeriksa akan mula merancang logistik bagi kunjungan ke tapak tempat bahan dan senjata kimia dilaporkan disimpan.
Misi pasukan merinyu itu berpunca daripada serangan berdarah pada 21 Ogos ke atas kawasan luar bandar Damsyik yang dikuasai pemberontak.
Pihak PBB telah mengesahkan serangan itu turut menggunakan gas sarin, sejenis gas yang menjejas saraf.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini