Jana Pendapatan

Friday 20 December 2013

Rooney diharap sembuh untuk lawan West Ham

         



MANCHESTER(United Kingdom): Pengurus Manchester United, David Moyes, berharap Wayne Rooney akan sembuh daripada kecederaan di pangkal pahanya bagi pertemuan dengan West Ham United di Old Trafford hari ini.
Rooney, 28 tahun, terlepas bermain dalam kemenangan 2-0 United ke atas Stoke City dalam peringkat sukur akhir Piala Liga Rabu lalu, tetapi Moyes mahukan sangat pemain penyerang..

Thursday 19 December 2013

Singapura: Mayat wanita india tanpa kepala

SAMBUNG BACAAN.. 
Polis telah memberkas seorang lelaki warga India berusia 25 tahun berhubung kes mayat seorang wanita yang ditemui dalam terusan antara St George's dengan McNair Road minggu lalu.
Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok.
Mangsa pula dikenali sebagai Jasvinder Kaur, 33 tahun, yang juga seorang warga India.
Polis juga sedang mencari suami mangsa, Harvinder Singh, 33 tahun, juga seorang warga India, bagi membantu dalam siasatan.
Suaminya itu difahamkan telah meninggalkan Singapura sekitar setengah jam sebelum laporan mengenai penemuan mayat wanita itu dibuat Khamis lalu.
SAMBUNG BACAAN..
 

Sunday 1 December 2013

Mufti Saudi: Wanita dilarang memandu bagi elak 'kejahatan'

SAMBUNG BACAAN...

SAMBUNG BACAAN...

RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi menyatakan bahawa larangan memandu bagi wanita di negara Teluk yang konservatif itu bertujuan melindungi masyarakat daripada "kejahatan".
Kata-kata Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah al-Sheikh itu disampaikan dalam ucapan di Madinah dan diterbitkan akhbar tempatan kelmarin.
Menurutnya, isu memberikan hak memandu kepada wanita tidak seharusnya menjadi "salah satu keprihatinan utama masyarakat".
Ulama paling kanan kerajaan Arab Saudi itu menyeru agar perkara itu ditimbangkan daripada perspektif melindungi masyarakat daripada kejahatan, yang menurutnya, termasuk membenarkan wanita memandu.
Beliau membuat ulasan tersebut sedang para aktivis berkata mereka telah diyakinkan Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammed bin Nayef, bahawa pihak berkuasa sedang menilai semula larangan terhadap pemandu wanita.
"Yakinlah bahawa isu ini sedang dibincangkan dan jangkakan hasil yang baik," Putera Mohammed ditukil sebagai berkata Rabu lalu oleh Cik Aziza al-Yusef, yang menemuinya bersama seorang rakan aktivis, Cik Hala al-Dosari.
Kerajaan Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita memandu, undang-undang yang menerima kecaman masyarakat antarabangsa.
Putera Mohammed menegaskan bahawa larangan itu merupakan "perkara yang akan diputuskan pihak berkuasa perundangan", kata Cik Yusef.
Kerajaan Arab Saudi mempunyai Majlis Syura yang dilantik dan tiada parlimen yang dipilih.
"Kami menjangkakan dekri diraja yang memberikan kami hak (memandu) itu," kata Cik Yusef.
Sekurang-kurangnya 16 wanita telah ditahan polis kerana memandu pada hari bantahan larangan memandu bulan lalu.
SAMBUNG BACAAN...

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini