Jana Pendapatan

Sunday 1 December 2013

Mufti Saudi: Wanita dilarang memandu bagi elak 'kejahatan'

SAMBUNG BACAAN...

SAMBUNG BACAAN...

RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi menyatakan bahawa larangan memandu bagi wanita di negara Teluk yang konservatif itu bertujuan melindungi masyarakat daripada "kejahatan".
Kata-kata Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah al-Sheikh itu disampaikan dalam ucapan di Madinah dan diterbitkan akhbar tempatan kelmarin.
Menurutnya, isu memberikan hak memandu kepada wanita tidak seharusnya menjadi "salah satu keprihatinan utama masyarakat".
Ulama paling kanan kerajaan Arab Saudi itu menyeru agar perkara itu ditimbangkan daripada perspektif melindungi masyarakat daripada kejahatan, yang menurutnya, termasuk membenarkan wanita memandu.
Beliau membuat ulasan tersebut sedang para aktivis berkata mereka telah diyakinkan Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammed bin Nayef, bahawa pihak berkuasa sedang menilai semula larangan terhadap pemandu wanita.
"Yakinlah bahawa isu ini sedang dibincangkan dan jangkakan hasil yang baik," Putera Mohammed ditukil sebagai berkata Rabu lalu oleh Cik Aziza al-Yusef, yang menemuinya bersama seorang rakan aktivis, Cik Hala al-Dosari.
Kerajaan Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita memandu, undang-undang yang menerima kecaman masyarakat antarabangsa.
Putera Mohammed menegaskan bahawa larangan itu merupakan "perkara yang akan diputuskan pihak berkuasa perundangan", kata Cik Yusef.
Kerajaan Arab Saudi mempunyai Majlis Syura yang dilantik dan tiada parlimen yang dipilih.
"Kami menjangkakan dekri diraja yang memberikan kami hak (memandu) itu," kata Cik Yusef.
Sekurang-kurangnya 16 wanita telah ditahan polis kerana memandu pada hari bantahan larangan memandu bulan lalu.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini