SAMBUNG BACAAN......
DISERBU: Sebahagian daripada
1,500 penunjuk perasaan berehat setelah menyerbu masuk kawasan ibu
pejabat Tentera Diraja Thailand di Bangkok, semalam. - Foto REUTERS
Usaha pembantah untuk gulingkan kerajaan Thailand pimpinan PM
BANGKOK:
Sekitar 1,500 penunjuk perasaan Thailand yang ingkar, menyerbu ibu
pejabat tentera dan mengepung pejabat parti Perdana Menteri, Cik
Yingluck Shinawatra, semalam sebagai sebahagian usaha yang
dipertingkatkan untuk cuba menjatuhkan pentadbiran Cik Yingluck.
Penunjuk perasaan itu telah membuka pagar ibu pejabat tentera di Bangkok secara paksa dan menyeru pihak tentera menyokong perjuangan mereka menjatuhkan kerajaan.
"Kami ingin tahu sama ada pihak tentera akan menyokong rakyat dan bukan diktator," kata ketua bantahan, Encik Amorn Amornrattananont.
Penunjuk perasaan juga berkumpul di luar ibu pejabat Parti Puea Thai pimpinan Cik Yingluck dan menimbulkan ketegangan dengan polis antirusuhan yang mengawal bangunan.
Langkah menyerang dua simbol utama kuasa itu dilakukan sehari setelah penunjuk perasaan memotong bekalan elektrik ke ibu pejabat polis dan tidak mengendahkan rayuan Cik Yingluck, yang berjaya menepis undi tidak yakin di parlimen, agar mereka terus bertenang.
Malah, mereka juga menolak seruan Cik Yingluck untuk berdialog.
Penunjuk perasaan menyasarkan bangunan utama kerajaan di Bangkok dalam tunjuk perasaan jalanan terbesar sejak perhimpunan besar-besaran pada 2010 berubah menjadi perbalahan awam paling buruk di Thailand dalam masa berdekad-dekad.
Penunjuk perasaan - merangkumi golongan yang setia kepada raja, rakyat dari selatan Thailand dan golongan pertengahan yang tinggal di bandar - bersatu kerana rasa benci mereka terhadap mantan perdana menteri, Encik Thaksin Shinawatra, iaitu abang Cik Yingluck.
Encik Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 dan kini memilih hidup dalam buangan. Tetapi beliau dianggap sebagai kuasa sebenar di sebalik pemerintahan adiknya yang kini menghadapi pelbagai masalah.
Penunjuk perasaan menuntut berakhirnya "rejim Thaksin" dan mahu kerajaan digantikan dengan "majlis rakyat" yang tidak dipilih.
Jumlah penunjuk perasaan telah banyak berkurang sejak sekitar 180,000 orang menyertai perhimpunan pembangkang Ahad lalu.
Namun, jumlah mereka dijangka meningkat lagi hujung minggu ini, sedang penganjur melakukan usaha terakhir menjelang sambutan hari ulang tahun raja yang sangat dihormati, Raja Bhumibol Adulyadej.
Hari ulang tahun Raja Bhumibol pada 5 Disember selalunya disambut dalam suasana penuh hormat dan tenang.
Lewat kelmarin, pemimpin tunjuk perasaan, Encik Suthep Thaugsuban, mantan timbalan perdana menteri dalam kerajaan sebelum ini, memberitahu beribu penyokong bahawa "akhir perjuangan akan berlaku dalam masa sehari dua".
Cik Yingluck telah menolak usul meletak jawatan atau membubarkan parlimen, dan kelihatannya bertekad untuk bertahan.
Sedang ketegangan memuncak, pemerintahannya menggesa penyokongnya dan pihak polis mengelakkan konfrontasi dengan penunjuk perasaan, yang menurut pihaknya kini hampir kehilangan tenaga.

No comments:
Post a Comment