Jana Pendapatan

Friday 29 November 2013

Pejabat tentera, parti Yingluck dikepung


SAMBUNG BACAAN......






DISERBU: Sebahagian daripada 1,500 penunjuk perasaan berehat setelah menyerbu masuk kawasan ibu pejabat Tentera Diraja Thailand di Bangkok, semalam. - Foto REUTERS
Usaha pembantah untuk gulingkan kerajaan Thailand pimpinan PM
BANGKOK: Sekitar 1,500 penunjuk perasaan Thailand yang ingkar, menyerbu ibu pejabat tentera dan mengepung pejabat parti Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, semalam sebagai sebahagian usaha yang dipertingkatkan untuk cuba menjatuhkan pentadbiran Cik Yingluck.
Penunjuk perasaan itu telah membuka pagar ibu pejabat tentera di Bangkok secara paksa dan menyeru pihak tentera menyokong perjuangan mereka menjatuhkan kerajaan.
"Kami ingin tahu sama ada pihak tentera akan menyokong rakyat dan bukan diktator," kata ketua bantahan, Encik Amorn Amornrattananont.
Penunjuk perasaan juga berkumpul di luar ibu pejabat Parti Puea Thai pimpinan Cik Yingluck dan menimbulkan ketegangan dengan polis antirusuhan yang mengawal bangunan.
Langkah menyerang dua simbol utama kuasa itu dilakukan sehari setelah penunjuk perasaan memotong bekalan elektrik ke ibu pejabat polis dan tidak mengendahkan rayuan Cik Yingluck, yang berjaya menepis undi tidak yakin di parlimen, agar mereka terus bertenang.
Malah, mereka juga menolak seruan Cik Yingluck untuk berdialog.
Penunjuk perasaan menyasarkan bangunan utama kerajaan di Bangkok dalam tunjuk perasaan jalanan terbesar sejak perhimpunan besar-besaran pada 2010 berubah menjadi perbalahan awam paling buruk di Thailand dalam masa berdekad-dekad.
Penunjuk perasaan - merangkumi golongan yang setia kepada raja, rakyat dari selatan Thailand dan golongan pertengahan yang tinggal di bandar - bersatu kerana rasa benci mereka terhadap mantan perdana menteri, Encik Thaksin Shinawatra, iaitu abang Cik Yingluck.
Encik Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 dan kini memilih hidup dalam buangan. Tetapi beliau dianggap sebagai kuasa sebenar di sebalik pemerintahan adiknya yang kini menghadapi pelbagai masalah.
Penunjuk perasaan menuntut berakhirnya "rejim Thaksin" dan mahu kerajaan digantikan dengan "majlis rakyat" yang tidak dipilih.
Jumlah penunjuk perasaan telah banyak berkurang sejak sekitar 180,000 orang menyertai perhimpunan pembangkang Ahad lalu.
Namun, jumlah mereka dijangka meningkat lagi hujung minggu ini, sedang penganjur melakukan usaha terakhir menjelang sambutan hari ulang tahun raja yang sangat dihormati, Raja Bhumibol Adulyadej.
Hari ulang tahun Raja Bhumibol pada 5 Disember selalunya disambut dalam suasana penuh hormat dan tenang.
Lewat kelmarin, pemimpin tunjuk perasaan, Encik Suthep Thaugsuban, mantan timbalan perdana menteri dalam kerajaan sebelum ini, memberitahu beribu penyokong bahawa "akhir perjuangan akan berlaku dalam masa sehari dua".
Cik Yingluck telah menolak usul meletak jawatan atau membubarkan parlimen, dan kelihatannya bertekad untuk bertahan.
Sedang ketegangan memuncak, pemerintahannya menggesa penyokongnya dan pihak polis mengelakkan konfrontasi dengan penunjuk perasaan, yang menurut pihaknya kini hampir kehilangan tenaga.
SAMBUNG BACAAN......

Thursday 21 November 2013

HAIWAN PELIK 6:Flap-Necked Chameleon

SAMBUNG BACAAN.....

Photo: A flap-necked chameleon stops mid-stride on a limb
Famous for changing the color of their skin, chameleons are more like mood rings, with their color changes reflecting mood, temperature, light, and other stimuli.SAMBUNG BACAAN..

Saturday 16 November 2013

Uruguay dan Mexico kian hampir tempah tempat

KEGEMBIRAAN: Penyerang Oribe Peralta (tengah) meraikan salah satu daripada dua gol jaringannya ketika membantu Mexico membenam New Zealand 5-1 dalam perlawanan penentuan kelayakan Piala Dunia di Stadium Azteca di Mexico City kelmarin. - Foto REUTERS
KELAYAKAN PIALA DUNIA
AMMAN: Uruguay dan Mexico semakin hampir menempah tempat dalam pertandingan Piala Dunia di Brazil pada tahun depan selepas mencatat kemenangan besar ke atas Jordan dan New Zealand dalam pusingan pertama perlawanan penentuan antara benua kelmarin.
Uruguay, yang menduduki tangga keenam dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), membelasah Jordan 5-0, sementara Mexico menggilis New Zealand 5-1.
Gergasi Amerika Selatan Uruguay menyerap tekanan tuan rumah Jordan di Stadium Antarabangsa Amman pada minit-minit awal permainan sebelum mempamerkan kehebatan mereka untuk mengatasi lawan yang hanya diletakkan di tangga ke-70 dunia itu.
Pemain bek Benfica, Maxi Pereira, membuka jaringan pada minit ke-22 sebelum penyerang Espanyol, Christian Stuani, menjadikannya 2-0 tiga minit sebelum permainan separuh masa pertama ditamatkan.
Ncolas Lodeiro, Cristian Rodriguez dan Edinson Cavani kemudian menambah tiga lagi gol untuk mematikan semangat pasukan tuan rumah.
"Saya menjangkakan lebih banyak tentangan walaupun saya yakin dapat menang tetapi tidak dengan gol sebanyak ini," kata jurulatih Uruguay Oscar Tabarez selepas perlawanan tersebut.
"Dengan kemenangan ini, kami semakin hampir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan semua bintang pasukan dapat bermain dalam perlawanan akan datang pada Rabu ini."
Di Mexico City, Mexico turut melalui laluan mudah apabila mengatasi New Zealand 5-1 untuk mencerahkan peluangnya melayakkan diri ke Brazil selepas terkial-kial dalam pusingan kelayakan Kumpulan Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean.
Miguel Herrera, pengurus keempat Mexico dalam tempoh enam minggu, hanya memanggil pemain setempat dalam liga negara itu dan mengetepikan beberapa bintang utama seperti Javier Hernandez daripada Manchester United dan Giovani dos Santos daripada Villarreal.
Pemain bek, Paul Aguilar, meletakkan Mexico di depan pada minit ke-31 sebelum penyerang Raul Jimenez menambah jaringan sebelum rehat.
Penyerang Oribe Peralta kemudian menjaringkan dua gol dan bekas pemain pertahanan Barcelona, Rafael Marquez, menjadikan kedudukan 5-0 sebelum Chris James mendapatkan gol sagu hati New Zealand pada minit-minit akhir perlawanan.
Media New Zealand menyifatkan kekalahan pasukan negara itu sebagai "pembunuhan (massacre) di Azteca" sambil berkata ia hampir melenyapkan peluang mereka melayakkan diri ke Piala Dunia.
SAMBUNG BACAAN

Tuesday 12 November 2013

Menteri Iran dibunuh ketika masuk kereta


TEHERAN: Seorang penyerang tidak dikenali menembak mati seorang timbalan menteri perusahaan Iran di Teheran, kelmarin, menurut laporan agensi berita rasmi Irna, semalam.
Ia merupakan pembunuhan pegawai kanan pemerintah pusat pertama sejak kejadian terakhir berlaku bertahun lalu.
Satu laporan agensi separuh rasmi Mehr pula memetik seorang pegawai polis sebagai berkata motif peribadi mungkin menjadi punca pembunuhan Encik Safdar Rahmat Abadi.
Encik Abadi ditembak di bahagian kepala dan dada sebaik sahaja beliau masuk ke dalam keretanya di timur ibu kota Iran itu.
"Kemungkinan pembunuhan Encik Rahmat Abadi berlaku atas sebab motif peribadi dan dakwaan yang mengaitkan pembunuhan itu dengan isu politik tidak timbul," kata laporan tersebut yang memetik Kolonel Alireza Mehrabi dari pihak polis Iran.
Agensi berita Irna pula memetik para saksi sebagai berkata bahawa serangan itu berlaku sekitar 7.50 malam, waktu tempatan.
"Siasatan menunjukkan bahawa dua tembakan dilepaskan dari dalam kenderaan itu," lapor Irna sambil memetik seorang pegawai polis.
"Dua peluru yang ditemui dalam kereta itu menunjukkan kemungkinan penyerangnya berada dalam kereta dan sedang berbual dengan Encik Abadi. Tidak ada tanda pergelutan pada tempat pembunuhan," kata pegawai itu.
Agensi berita pelajar, Isna, berkata seorang penyiasat kes homisid dan seorang pendakwa jenayah berada di tempat kejadian, sambil menambah bahawa tiada penangkapan dibuat.
Sejak beberapa minggu lalu, terdapat berita mengenai beberapa serangan ke atas para pegawai tentera dan wilayah Iran, tetapi pembunuhan Encik Abadi kelihatan yang pertama melibatkan seorang pegawai kanan pemerintah pusat selepas kejadian terakhir berlaku bertahun lalu.
Golongan Sunni Iran mendakwa bertanggungjawab ke atas pembunuhan seorang pendakwa raya negara itu di wilayah Sistan Baluchistan minggu lalu.
SAMBUNG  BACAAN,,,

Saturday 9 November 2013

Palestin gesa Perancis hantar hasil siasatan kematian Arafat

RAMALLAH: Menteri Keadilan Palestin, Encik Ali Mhanna, semalam menggesa Perancis supaya menghantar hasil siasatan mereka tentang kematian mantan presiden Palestin, Encik Yasser Arafat, setelah ujian menunjukkan beliau mati akibat keracunan polonium.
"Sejak mula, Perancis telah memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat menghantar hasil siasatan sehingga ada kerjasama kehakiman Perancis-Palestin," kata Encik Mhanna dalam satu sidang media.
Dalam sidang media yang sama, penyiasat Palestin berkata bahawa Israel "satu-satunya suspek" dalam kes kematian mantan presiden negara itu, Encik Yasser Arafat, setelah ujian makmal menunjukkan beliau mati akibat keracunan polonium.
SAMBUNG BACAAN...

Saturday 2 November 2013

Terowong dadah di Mexico

uka Depan » Dunia

SAN DIEGO: Para pegawai imigresen dan kastam Amerika Syarikat memeriksa terowong yang digunakan untuk menyeludup dadah dari Tijuana, Mexico, ke San Diego.
Terowong itu dilengkapi dengan bekalan elektrik, pengalihan udara dan sistem rel.
Ia merupakan terowong rahsia paling canggih yang pernah dikesan di antara sempadan Amerika dengan Mexico.
Dalam serbuan itu, lebih 8 tan ganja dan 325 paun kokain dirampas.
SAMBUNG BACAAN...

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini