Jana Pendapatan

Saturday, 16 November 2013

Uruguay dan Mexico kian hampir tempah tempat

KEGEMBIRAAN: Penyerang Oribe Peralta (tengah) meraikan salah satu daripada dua gol jaringannya ketika membantu Mexico membenam New Zealand 5-1 dalam perlawanan penentuan kelayakan Piala Dunia di Stadium Azteca di Mexico City kelmarin. - Foto REUTERS
KELAYAKAN PIALA DUNIA
AMMAN: Uruguay dan Mexico semakin hampir menempah tempat dalam pertandingan Piala Dunia di Brazil pada tahun depan selepas mencatat kemenangan besar ke atas Jordan dan New Zealand dalam pusingan pertama perlawanan penentuan antara benua kelmarin.
Uruguay, yang menduduki tangga keenam dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), membelasah Jordan 5-0, sementara Mexico menggilis New Zealand 5-1.
Gergasi Amerika Selatan Uruguay menyerap tekanan tuan rumah Jordan di Stadium Antarabangsa Amman pada minit-minit awal permainan sebelum mempamerkan kehebatan mereka untuk mengatasi lawan yang hanya diletakkan di tangga ke-70 dunia itu.
Pemain bek Benfica, Maxi Pereira, membuka jaringan pada minit ke-22 sebelum penyerang Espanyol, Christian Stuani, menjadikannya 2-0 tiga minit sebelum permainan separuh masa pertama ditamatkan.
Ncolas Lodeiro, Cristian Rodriguez dan Edinson Cavani kemudian menambah tiga lagi gol untuk mematikan semangat pasukan tuan rumah.
"Saya menjangkakan lebih banyak tentangan walaupun saya yakin dapat menang tetapi tidak dengan gol sebanyak ini," kata jurulatih Uruguay Oscar Tabarez selepas perlawanan tersebut.
"Dengan kemenangan ini, kami semakin hampir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan semua bintang pasukan dapat bermain dalam perlawanan akan datang pada Rabu ini."
Di Mexico City, Mexico turut melalui laluan mudah apabila mengatasi New Zealand 5-1 untuk mencerahkan peluangnya melayakkan diri ke Brazil selepas terkial-kial dalam pusingan kelayakan Kumpulan Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean.
Miguel Herrera, pengurus keempat Mexico dalam tempoh enam minggu, hanya memanggil pemain setempat dalam liga negara itu dan mengetepikan beberapa bintang utama seperti Javier Hernandez daripada Manchester United dan Giovani dos Santos daripada Villarreal.
Pemain bek, Paul Aguilar, meletakkan Mexico di depan pada minit ke-31 sebelum penyerang Raul Jimenez menambah jaringan sebelum rehat.
Penyerang Oribe Peralta kemudian menjaringkan dua gol dan bekas pemain pertahanan Barcelona, Rafael Marquez, menjadikan kedudukan 5-0 sebelum Chris James mendapatkan gol sagu hati New Zealand pada minit-minit akhir perlawanan.
Media New Zealand menyifatkan kekalahan pasukan negara itu sebagai "pembunuhan (massacre) di Azteca" sambil berkata ia hampir melenyapkan peluang mereka melayakkan diri ke Piala Dunia.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini