Ia merupakan pembunuhan pegawai kanan pemerintah pusat pertama sejak kejadian terakhir berlaku bertahun lalu.
Satu laporan agensi separuh rasmi Mehr pula memetik seorang pegawai polis sebagai berkata motif peribadi mungkin menjadi punca pembunuhan Encik Safdar Rahmat Abadi.
Encik Abadi ditembak di bahagian kepala dan dada sebaik sahaja beliau masuk ke dalam keretanya di timur ibu kota Iran itu.
"Kemungkinan pembunuhan Encik Rahmat Abadi berlaku atas sebab motif peribadi dan dakwaan yang mengaitkan pembunuhan itu dengan isu politik tidak timbul," kata laporan tersebut yang memetik Kolonel Alireza Mehrabi dari pihak polis Iran.
Agensi berita Irna pula memetik para saksi sebagai berkata bahawa serangan itu berlaku sekitar 7.50 malam, waktu tempatan.
"Siasatan menunjukkan bahawa dua tembakan dilepaskan dari dalam kenderaan itu," lapor Irna sambil memetik seorang pegawai polis.
"Dua peluru yang ditemui dalam kereta itu menunjukkan kemungkinan penyerangnya berada dalam kereta dan sedang berbual dengan Encik Abadi. Tidak ada tanda pergelutan pada tempat pembunuhan," kata pegawai itu.
Agensi berita pelajar, Isna, berkata seorang penyiasat kes homisid dan seorang pendakwa jenayah berada di tempat kejadian, sambil menambah bahawa tiada penangkapan dibuat.
Sejak beberapa minggu lalu, terdapat berita mengenai beberapa serangan ke atas para pegawai tentera dan wilayah Iran, tetapi pembunuhan Encik Abadi kelihatan yang pertama melibatkan seorang pegawai kanan pemerintah pusat selepas kejadian terakhir berlaku bertahun lalu.
Golongan Sunni Iran mendakwa bertanggungjawab ke atas pembunuhan seorang pendakwa raya negara itu di wilayah Sistan Baluchistan minggu lalu.
SAMBUNG BACAAN,,,
No comments:
Post a Comment