Jana Pendapatan

Wednesday 23 October 2013

Liga Juara-Juara: Man City azam kukuh kedudukan

 

MOSCOW: Manchester City bertekad mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua Liga Juara-Juara Eropah Kumpulan D apabila mereka menentang CSKA Moscow esok. City, naib juara Liga Perdana England musim lalu, hanya memenangi satu daripada enam jadual perlawanan dalam dua pertandingan musim lalu.
Bagaimanapun, City telah memulakan kempen musim ini dengan menewaskan Viktoria Pilsen sebelum rebah di tangan Bayern Munich.
City perlu mengalahkan CSKA Moscow jika pasukan itu ingin bersaing dalam pusingan kumpulan ini.
City yang kini dipimpin Manuel Pellegrini akan dianggap sebagai pasukan yang menunjukkan graf kemajuan kejayaan jika berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Di bawah pengurus Roberto Mancini, City gagal ke pusingan kedua pertandingan ni.
Jika ada satu kelegaan City menjelang perlawanan ini, pasukan tuan rumah bukan sahaja gagal memenangi lima perlawanan terakhirnya bahkan gagal menjaringkan sebarang gol.
Sebaliknya, City menewaskan West Ham United 3-1 dengan pemain penyerang Argentina, Sergio Aguero, menyumbat dua gol selain merintis peluang David Silva menjaringkan gol ketiga pasukannya.
Walaupun Pellegrini berharap kapten pasukan, Vincent Kompany boleh beraksi selepas mengalami kecederaan tetapi beliau lebih khuatir tentang padang di St Petersburg.
CSKA berada dalam kedudukan serba kekurangan menjelang pertemuan ini kerana beberapa pemain utamanya seperti Mario Fernandez, Aleksandrs Cauna dan Alan Dzagoev sedang mengalami kecederaan.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini