Jana Pendapatan

Sunday 13 October 2013

Badan pencegah senjata kimia raih anugerah


OSLO: Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), badan yang menyelia penghapusan senjata kimia Syria, telah diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan semalam.
Badan itu diiktiraf kerana "usaha meluasnya menghapuskan senjata kimia", kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Encik Thorbjoern Jagland.
Tambahnya, anugerah itu juga merupakan satu peringatan kepada negara yang mempunyai simpanan besar senjata kimia seperti Amerika Syarikat dan Russia menghapuskan simpanan mereka, "terutama sekali kerana mereka menuntut yang lain melakukan perkara yang sama seperti Syria".
OPCW yang berpangkalan di The Hague ditubuhkan pada tahun 1997 bagi melaksanakan Konvensyen Senjata Kimia yang ditandatangani pada 13 Januari 1993.
Sejak ditubuhkan 16 tahun lalu, OPCW telah memusnahkan 57,000 tan senjata kimia, kebanyakan peninggalan era Perang Dingin yang dalam simpanan Amerika Syarikat dan Russia.
"Kejadian baru-baru ini di Syria, di mana senjata kimia sekali lagi digunakan, telah menggariskan perlunya usaha ditingkatkan bagi menghapuskan senjata sedemikian," kata panel juri dalam kenyataa.
Sebelum ini, OPCW lebih banyak bekerja di belakang tabir, sehinggalah tugasnya menyelia penghapusan simpanan dan kemudahan senjata kimia Syria menarik perhatian global.
Usaha menghapuskan simpanan dan kemudahan senjata kimia itu harus diselesaikan menjelang pertengahan 2014 di bawah syarat ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sekitar 30 pakar senjata OPCW serta kakitangan logistik dan keselamatan PBB kini berada di Syria dan mula memusnahkan kemudahan membuat senjata kimia negara itu.
Tahun ini merupakan tahun kedua Hadiah Nobel bagi Keamanan diberikan kepada sebuah pertubuhan. Tahun lalu, hadiah itu diberikan kepada Kesatuan Eropah.
Sebelum ini, remaja berusia 16 tahun, Malala Yousufzai, yang ditembak di kepala oleh pihak Taleban, merupakan calon yang dijangka menang.
Kemungkinan OPCW menang hanya mula disebut-sebut beberapa jam sebelum pemenang hadiah itu diumumkan.
Hadiah Nobel merangkumi pingat emas, diploma dan wang tunai sebanyak 8 juta kronor Sweden ($1.54 juta).
Hadiah akan disampaikan di Oslo pada 10 Disember.
SAMBUNG BACAAN ...

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini