SAMBUNG BACAAN...
SAMBUNG BACAAN...
RIYADH:
Mufti Besar Arab Saudi menyatakan bahawa larangan memandu bagi wanita
di negara Teluk yang konservatif itu bertujuan melindungi masyarakat
daripada "kejahatan".
Kata-kata Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah al-Sheikh itu disampaikan
dalam ucapan di Madinah dan diterbitkan akhbar tempatan kelmarin.
Menurutnya, isu memberikan hak memandu kepada wanita tidak seharusnya menjadi "salah satu keprihatinan utama masyarakat".
Ulama paling kanan kerajaan Arab Saudi itu menyeru agar perkara itu
ditimbangkan daripada perspektif melindungi masyarakat daripada
kejahatan, yang menurutnya, termasuk membenarkan wanita memandu.
Beliau membuat ulasan tersebut sedang para aktivis berkata mereka
telah diyakinkan Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammed bin Nayef, bahawa
pihak berkuasa sedang menilai semula larangan terhadap pemandu wanita.
"Yakinlah bahawa isu ini sedang dibincangkan dan jangkakan hasil yang
baik," Putera Mohammed ditukil sebagai berkata Rabu lalu oleh Cik Aziza
al-Yusef, yang menemuinya bersama seorang rakan aktivis, Cik Hala
al-Dosari.
Kerajaan Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang
melarang wanita memandu, undang-undang yang menerima kecaman masyarakat
antarabangsa.
Putera Mohammed menegaskan bahawa larangan itu merupakan "perkara
yang akan diputuskan pihak berkuasa perundangan", kata Cik Yusef.
Kerajaan Arab Saudi mempunyai Majlis Syura yang dilantik dan tiada parlimen yang dipilih.
"Kami menjangkakan dekri diraja yang memberikan kami hak (memandu) itu," kata Cik Yusef.
Sekurang-kurangnya 16 wanita telah ditahan polis kerana memandu pada hari bantahan larangan memandu bulan lalu.
SAMBUNG BACAAN...