Aku datang dari keluarga yg
besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan
buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik
beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup
"gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana
sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.
Nota
untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan
dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang
kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik,
aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu,
kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut
sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel
601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum
lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk
heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran
mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot
terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..
Biasa korang belajar doa
makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya
doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"
Lepas
tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2
yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak
cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "
Tapi
oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan
dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity
of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari
tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor
betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan
tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal
jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam
sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he
heh"-kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err
maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka
lalu aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukah korang kenapa lembu
makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk
lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan
kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku
menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila
tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun
bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak
makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan
yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2
mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang
tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat,
ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi
kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh!
Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik
camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak
angkat kedua-dua tangan ke atas.."
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku
kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan
seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan
diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di
lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..
(semua
org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga
ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari
Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS:
sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)