Jana Pendapatan

Saturday 26 October 2013

Seorang maut dalam letupan di kilang Mexico

BANTUAN KECEMASAN: Para pegawai perubatan memberi
 rawatan kecemasan kepada mangsa yang 
cedera akibat letupan di kilang gula-gula di bandar Ciudad Juarez, semalam.

CIUDAD JUAREZ (Mexico): Satu letupan di sebuah kilang gula-gula di sini semalam menyebabkan seorang terkorban dan lebih 50 lagi cedera.
Letupan sekitar 2 petang waktu tempatan (3 pagi waktu Singapura) itu dilaporkan berlaku di tingkat dua kilang Dulces Blueberry dan menyebabkan lantai di situ runtuh.
Seorang pekerja kilang, Encik Ismael Bouchet, berkata runtuhan itu telah mencederakan mereka di tingkat bawah.
"Saya dapat membantu lima orang keluar daripada bangunan tetapi sebaik saja mereka di luar, mereka dicengkam rasa terkejut dan pengsan."
Punca letupan itu masih disiasat tetapi Encik Bouchet berkata satu dandang wap baru dipasang di kilang itu. Beliau juga berkata sebelum letupan beberapa pekerja mengadu telah menghidu bau asid di tempat letupan berlaku.
Saluran televisyen pula melaporkan kebocoran gas telah menyebabkan dandang itu meletup.
Sementara itu, Pengarah Perlindungan Awam Ciudad Juarez, Encik Fernando Mota, berkata pegawai bomba telah menjumpai satu mayat di bawah timbunan runtuhan sejauh ini. Sekurang-kurangnya 10 mangsa pula dikatakan mengalami kecederaan serius.
Beberapa pekerja pula masih dilaporkan hilang dan mungkin terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu, kata Encik Mota.
Sementara itu, Gabenor Chihuahua, Encik Cesar Duarte Jaquez, berkata pihak berkuasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa letupan.
Kilang Dulces Blueberry menggajikan sekitar 300 pekerja dan gula-gula yang dihasilkan dieksport kepada pengedar yang berpangkalan di El Paso, Texas.
sambung bacaan..

KL laksana GST 6 peratus mulai April 2015

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan rancangan melaksanakan cukai barangan dan khidmat (GST) sebanyak 6 peratus menjelang April 2015 bagi mendorong pendapatan dan mengurangkan hutang kerajaan.
Membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cukai peribadi dan pendapatan akan juga dikurangkan agar menjadikan ekonomi itu lebih berdaya saing.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 hingga 5.5 peratus tahun depan, lebih tinggi berbanding 4.5-5 peratus tahun ini didorong permintaan dalam negeri yang kukuh.
"Kerajaan memutuskan melaksanakan sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang dapat dimanfaatkan semua warga Malaysia. Ini masa terbaik melaksanakan GST kerana kadar inflasi rendah dan terkawal,'' katanya.
Beliau menjamin warganya bahawa makanan asas, pendidikan, perumahan, pengangkutan awam dan penjagaan kesihatan tidak akan dikenakan GST.
Apabila GST dilaksanakan, kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan peribadi sebanyak satu hingga tiga peratusan mata.
Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan daripada 25 peratus kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan peribadi dikurangkan 1-3 peratusan mata bagi semua pembayar cukai.
Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 ($787) akan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan yang bergaji sehingga RM8,000 sebulan manakala mereka yang pencen menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM250 bagi membantu mereka menangani kos kehidupan yang meningkat.
Habuan tunai bagi golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan akan dinaikkan kepada RM650 daripada RM500.
Subsidi gula sebanyak 34 sen dimansuhkan mulai hari ini bagi mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di negara itu. Berdasarkan perangkaan, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis.
Sementara itu, kerajaan akan melaburkan RM106 bilion bagi projek-projek pelaburan awam yang meliputi pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat sepanjang 316 kilometer yang menghubungkan Taiping, Perak, ke Banting, Selangor.
Kerajaan mengekalkan komitmen mengurangkan jurang belanjawan daripada 4 peratus tahun ini kepada 3.5 peratus tahun depan. Ia menjangkakan mengekalkan had hutangnya sebanyak 55 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tahun depan.
SAMBUNG BACAAN,,,

Friday 25 October 2013

Samsung GALAXY S4



Network/Bearer and Wireless Connectivity

  • GSM 3G | HSPA+
  • EDGE / GRPS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz)
  • HSPA+ (850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz)
  • Wi-Fi: 802.11a/b/g/n/ac HT80
  • Wi-Fi Direct available
  • Bluetooth 4.0: PBAP, A2DP, AVRCP, HFP, HSP, OPP, SAP, HID, PAN, MAP, DI
  • NFC available
  • DLNA, MHL 2.0 support
  • KIES, KIES Air support

Chipset

  • Octa Core Processor
  • 1.6GHz Quad + 1.2GHz Quad CPU Speed

Sensors

  • Accelerometer, Geomagnetic, Gyro, RGB light, Barometer, Proximity, Gesture, Temperature & Humidity

Connectors

  • USB 2.0 support
  • 3.5mm Stereo Earjack
  • MicroSD External Memory Slot (up to 64GB)
  • Micro SIM (3FF) support
  • Micro USB (5V, 2A) Connector
  • MHL available

Services and Applications

  • Samsung Apps available
  • Available in Samsung Hub (depedent on market)
  • Available in Samsung Hub (depedent on market)
  • ChatON available
  • ActiveSync available

OS

  • Android 4.2.2 (Jelly Bean)

Memory

  • 16GB Memory

Physical Specifications

  • 136.6 x 69.8 x 7.9mm Dimension
  • 130g Weight

Battery

  • 2,600mAh Standard Battery
  • Up to 8 hours Internet Usage Time (3G)
  • Up to 10 hours Internet Usage Time (WI-FI)
  • Up to 11 hour Video Playback Time
  • Up to 62 hours Audio Playback Time
  • 2,600mAh battery
  • USB Chargeable
  • Up to 17 hours Talk Time (W-CDMA)
  • Up to 370 hours Standby Time (W-CDMA)

Audio and Video

  • Video Format: MPEG4, H.263, H.264, DivX, DivX3.11, VC-1, VP8, WMV7 / 8, Sorenson Spark
  • Full HD (1080p) Video Playback available
  • Recording up to 30fps
  • Audio Format: MP3, ‏AAC, ‏AAC+‎, ‏eAAC+‎, ‏AMR-NB / WB, ‏OGG, ‏FLAC, ‏AC-3

Display

  • Full HD Super AMOLED
  • 16M Colour Depth
  • 5.0" Display Size
  • 1920 x 1080 Resolution

Camera

  • 2 Megapixels Camera Resolution (Front)
  • 13 Megapixels Camera Resolution (Rear)
  • Power LED Flash (1EA)
  • Auto Focus available

Colour

  • White Frost, Black Mist Colour

Location

  • Assisted GPS, GLONASS
SANBUNG BACAAN,,,,

Wednesday 23 October 2013

Liga Juara-Juara: Man City azam kukuh kedudukan

 

MOSCOW: Manchester City bertekad mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua Liga Juara-Juara Eropah Kumpulan D apabila mereka menentang CSKA Moscow esok. City, naib juara Liga Perdana England musim lalu, hanya memenangi satu daripada enam jadual perlawanan dalam dua pertandingan musim lalu.
Bagaimanapun, City telah memulakan kempen musim ini dengan menewaskan Viktoria Pilsen sebelum rebah di tangan Bayern Munich.
City perlu mengalahkan CSKA Moscow jika pasukan itu ingin bersaing dalam pusingan kumpulan ini.
City yang kini dipimpin Manuel Pellegrini akan dianggap sebagai pasukan yang menunjukkan graf kemajuan kejayaan jika berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Di bawah pengurus Roberto Mancini, City gagal ke pusingan kedua pertandingan ni.
Jika ada satu kelegaan City menjelang perlawanan ini, pasukan tuan rumah bukan sahaja gagal memenangi lima perlawanan terakhirnya bahkan gagal menjaringkan sebarang gol.
Sebaliknya, City menewaskan West Ham United 3-1 dengan pemain penyerang Argentina, Sergio Aguero, menyumbat dua gol selain merintis peluang David Silva menjaringkan gol ketiga pasukannya.
Walaupun Pellegrini berharap kapten pasukan, Vincent Kompany boleh beraksi selepas mengalami kecederaan tetapi beliau lebih khuatir tentang padang di St Petersburg.
CSKA berada dalam kedudukan serba kekurangan menjelang pertemuan ini kerana beberapa pemain utamanya seperti Mario Fernandez, Aleksandrs Cauna dan Alan Dzagoev sedang mengalami kecederaan.
SAMBUNG BACAAN...

Sunday 13 October 2013

Badan pencegah senjata kimia raih anugerah


OSLO: Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), badan yang menyelia penghapusan senjata kimia Syria, telah diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan semalam.
Badan itu diiktiraf kerana "usaha meluasnya menghapuskan senjata kimia", kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Encik Thorbjoern Jagland.
Tambahnya, anugerah itu juga merupakan satu peringatan kepada negara yang mempunyai simpanan besar senjata kimia seperti Amerika Syarikat dan Russia menghapuskan simpanan mereka, "terutama sekali kerana mereka menuntut yang lain melakukan perkara yang sama seperti Syria".
OPCW yang berpangkalan di The Hague ditubuhkan pada tahun 1997 bagi melaksanakan Konvensyen Senjata Kimia yang ditandatangani pada 13 Januari 1993.
Sejak ditubuhkan 16 tahun lalu, OPCW telah memusnahkan 57,000 tan senjata kimia, kebanyakan peninggalan era Perang Dingin yang dalam simpanan Amerika Syarikat dan Russia.
"Kejadian baru-baru ini di Syria, di mana senjata kimia sekali lagi digunakan, telah menggariskan perlunya usaha ditingkatkan bagi menghapuskan senjata sedemikian," kata panel juri dalam kenyataa.
Sebelum ini, OPCW lebih banyak bekerja di belakang tabir, sehinggalah tugasnya menyelia penghapusan simpanan dan kemudahan senjata kimia Syria menarik perhatian global.
Usaha menghapuskan simpanan dan kemudahan senjata kimia itu harus diselesaikan menjelang pertengahan 2014 di bawah syarat ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sekitar 30 pakar senjata OPCW serta kakitangan logistik dan keselamatan PBB kini berada di Syria dan mula memusnahkan kemudahan membuat senjata kimia negara itu.
Tahun ini merupakan tahun kedua Hadiah Nobel bagi Keamanan diberikan kepada sebuah pertubuhan. Tahun lalu, hadiah itu diberikan kepada Kesatuan Eropah.
Sebelum ini, remaja berusia 16 tahun, Malala Yousufzai, yang ditembak di kepala oleh pihak Taleban, merupakan calon yang dijangka menang.
Kemungkinan OPCW menang hanya mula disebut-sebut beberapa jam sebelum pemenang hadiah itu diumumkan.
Hadiah Nobel merangkumi pingat emas, diploma dan wang tunai sebanyak 8 juta kronor Sweden ($1.54 juta).
Hadiah akan disampaikan di Oslo pada 10 Disember.
SAMBUNG BACAAN ...

Saturday 5 October 2013

Merinyu senjata di ambang bahaya

BEIRUT: Pertempuran berdarah terus berlaku di pinggir Damsyik kelmarin, dengan kumpulan pemberontak yang bersaing saling menyerang satu sama lain di utara Syria.
Ini menjejas tugas pasukan merinyu senjata kimia antarabangsa.
Pertempuran itu memberi cabaran keselamatan kepada berpuluh pakar pelucutan senjata yang sedang cuba menepati tarikh akhir menghapuskan sekitar 1,000 tan senjata kimia yang disimpan Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad.
Misi pasukan merinyu itu, yang disokong ketetapan Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan minggu lalu, bertujuan melumpuhkan keupayaan Syria membuat senjata kimia menjelang 1 November dan memusnahkan semua simpanan senjata dan bahan kimia Syria menjelang pertengahan tahun depan.
Dalam kenyataannya, PBB dan Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), berkata "usaha sama dengan Syria telah bermula untuk menjamin keselamatan tapak tempat pasukan (merinyu) akan beroperasi, terutama sekali di kawasan-kawasan jauh dari bandar."
Menurut kenyataan itu lagi, perancangan masih diteruskan bagi menghapuskan kemudahan membuat senjata kimia sebagaimana perbincangan masih dilanjutkan tentang saiz simpanan bahan kimia Syria.
Perang saudara di Syria merupakan perang pertama yang perlu dihadapi pasukan pemeriksa OPCW dalam melaksanakan misi pelucutan senjata.
Pasukan awal seramai 19 pakar OPCW dan 14 kakitangtan PBB tiba di Damsyik kelmarin dan dalam masa seminggu, mereka akan disertai kumpulan kedua pasukan merinyu.
Menteri Maklumat Syria, Encik Omran al-Zoubi, memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa negaranya akan bekerjasama dengan OPCW dan menyelaraskan misi pakar, "termasuk memusnahkan simpanan (bahan kimia)."
Pakar di The Hague, pangkalan OPCW, berkata keutamaan pasukan merinyu adalah membantu Syria menghapuskan keupayaannya membuat senjata kimi menjelang tarikh akhir 1 November.
Beberapa anggota pasukan merinyu juga akan memeriksa sekali lagi pendedahan awal Syria tentang senjata dan bahan kimia yang dimilikinya, sementara sebahagian pemeriksa akan mula merancang logistik bagi kunjungan ke tapak tempat bahan dan senjata kimia dilaporkan disimpan.
Misi pasukan merinyu itu berpunca daripada serangan berdarah pada 21 Ogos ke atas kawasan luar bandar Damsyik yang dikuasai pemberontak.
Pihak PBB telah mengesahkan serangan itu turut menggunakan gas sarin, sejenis gas yang menjejas saraf.
SAMBUNG BACAAN

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini