Jana Pendapatan

Wednesday 17 July 2013

Student Terjerit-Jerit Diraba&Dirompak Mat Rempit !!

Seorang penuntut sebuah kolej swasta dicabul sekumpulan 10 lelaki bermotosikal selepas wang tunai dan telefon bimbit miliknya dianggarkan bernilai RM3,000 dilarikan ketika sedang menunggu teksi di Kota Damansara, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, wanita berusia 21 tahun itu yang sedang menunggu teksi berhampiran stesen minyak terkejut selepas lima motosikal ditunggang 10 lelaki tidak dikenali mengepungnya.

Menurut sumber, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal dan dihalang mereka malah tiga daripada lelaki terbabit turut menghampirinya dengan bersenjatakan parang meminta dia menyerahkan barangan berharga. 
Katanya, mangsa yang bimbang dicederakan akur dan menyerahkan beg tangan berisi wang tunaiserta telefon bimbit. Malah dia juga merayu supaya tidak dicederakan.

“Sangkaan mangsa sebaik mereka mendapat barangan berharga itu, lelaki terbabit akan beredar namun sebaliknya berlaku apabila mereka meraba badannya menyebabkan mangsa menjerit meminta pertolongan.

“Panik dengan jeritan mangsa, kumpulan lelaki terbabit terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang berada dalam keadaan trauma. Orang ramai yang menyedari kejadian itu datang membantu dan menenangkan mangsa,” katanya.

Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Damansara untuk tindakan selanjutnya.

Tuesday 16 July 2013

Rupiah heading to new fair value

The rupiah is expected to weaken further after Bank Indonesia (BI) gave room for the currency to find its new equilibrium, a situation that will support the central bank’s foreign exchange (forex) reserves, though it may have the trade-off of driving up import costs and harming local companies. Continue...

Monday 15 July 2013

Testing line 2

This summary is not available. Please click here to view the post.

TESTING-TESTING

Busuk versus Pingje

Risalah dari helikopter, desak penyokong Morsi bersurai

MESIR: Himpunan membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan mendesak Presiden Dr Muhammad Morsi dikembalikan semula ke tampuk kuasa, memasuki gelombang baru hari ini.
Hari ini, sekali lagi himpunan besar-besaran akan berlaku berpusat di Dataran Raba’ah sebagai usaha berterusan memberi tekanan kepada pihak tentera yang melakukan kudeta. Artikel penuh

Sunday 14 July 2013

Gambar cantik Angelina Jolie Bertudung

Sangat manis wajah pelakon Tomb Raider Angelina Jolie apabila mengenakan tudung atau hijab ni. Macam saudara baru je. Angelina Jolie kerap melawat ke negara Jordan, Syria, Pakistan, Afghanistan dan pernah jugak melawat pelarian di Iraq, dia memakai hijab dan duduk bersama mangsa mangsa pelarian dan kanak -kanak..
C



Dua maut dalam kemalangan

KULAIJAYA - Dua maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 43, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini semalam.
Gambar hiasan

2 Orang Gangster mati ditembak oleh gangster yang lain

BUTTERWORTH – Dua remaja yang dipercayai ahli sebuah kumpulan gengster menjadi mangsa serangan ala mafia apabila salah seorangnya mati ditembak ketika sedang melepak di tempat kegemaran mereka di bawah jejambat di Kampung Ujong Batu, Bagan Dalam di sini kelmarin. Artikel penuh



Gambar Hiasan

Saturday 13 July 2013

Salah Selipar



Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.

"Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati.


"Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah  juga berlainan warna..."

Kisah Lucu : Baju bercorak sama


Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya..

Shima : Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus...

Ramli : Tak apalah... Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya.

Shima : Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.

Tips dari supervisor petronas




Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.70 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang
 
"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.70 seliter...

HEHEHEHE aku pun terkena... Dah pegi buat keje! ;-D

Drebar baru kereta sewa (New Taxi Driver)



Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."

Thursday 11 July 2013

Kisah Lucu: Pernikahan dan Pengkebumian


Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?

Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata mereka.

Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!

Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.

MEMPERGUNAKAN WANITA DEGAN CARA YANG CELAKA (8 Gambar)

Saya tidak mengerti dan kenapa ianya berlaku peng aniayan sebegini tidak patut berlaku ke atas golongan wanita sambung bacaan

BISKUT DAHLIA

 Bahan-bahan:
300 g mentega
160 g gula aising - akak guna 125g aje
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

Cara membuat:

1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Tuesday 9 July 2013

Tahukah anda...?


 
FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya

Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini