Jana Pendapatan

Sunday, 30 June 2013

Kantoi


 

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"

"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?"tanya si teman penuh simpati.

"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."

Siti Fazurina Mahu Jumpa Ibu Untuk Hapuskan Sengketa

Salam,
apakah tujuannya.. terus ke link ini http://www.harian-metro-online.com/siti-fazurina-mahu-jumpa-ibu

Tingkatkan Trafik Blog secara cepat dan pantas







Salam Geng

 Cara mudah meningkat traffic blog anda. Gna Sistem FREEVIRAL.COM!!! Semuanya free Cepat!!!! 
Terus ke link ini....FREEVIRAL.COM.... juga kalo hangpa nak promote Bisness tak samapi 5 minit pun

 This system is FREE
 Quick and easy sign-up... get your own viral webpage in under 5 minutes!
 This "Viral Marketing" system works for you around-the-clock to bring you traffic!
 The viral nature of this system ensures that your traffic will exponentially increase!



CONSERATIVE EXAMPLE
10 people sign up from you:1 x 10 =Your ad on 10 new sites
10 people sign up from each of them:10 x 10 =Your ad on 100 new sites
10 people sign up from each of them:10 x 100 =Your ad on 1,000 new sites
10 people sign up from each of them:10 x 1,000 =Your ad on 10,000 new sites
10 people sign up from each of them:10 x 10,000 =Your ad on 100,000 new sites
10 people sign up from each of them:10 x 100,000 =Your ad on 1,000,000 new sites

Total: 10+100+1,000+10,000+100,000+1,000,000
1,111,110 WEBSITES DISPLAYING YOUR AD! 

Saturday, 29 June 2013

Cerita Lucu: Petua Tercekik Tulang






Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)


Pengiran muda abdul qawi dan tengku amalin a'ishah puteri diijab kabulkan

Tahniah keduanya sila ke link di bawah

http://cikyanzone.blogspot.com/2013/06/pengiran-muda-abdul-qawi-dan-tengku.html

Tuesday, 18 June 2013

Cerita Lucu: Tips agar tidak bosan di dalam lif


11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"


--- su

Sunday, 16 June 2013

Cerita Lucu: Buta Warna



Man of steel
Seorang guru yang diberi tugasan penting telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada pelajarnya.
Guru : Arif tolong cikgu ye kerana banyak kerja yang cikgu kena lakukan.
Arif : Baik, cikgu.
Guru : Tolong pergi ke bilik guru, ambilkan cikgu fail berwarna kuning di atas meja cikgu.
Arif : Fail kuning muda atau kuning terang?
Guru : Kuning muda.
Arif : Fail besar atau kecil?
Guru : Di meja cikgu hanya ada satu sahaja, fail kuning. Ambil sahaja yang bewarna kuning.
Arif : Tadi cikgu kata kuning muda, kenapa pula sebut kuning saja?
Guru : Fail kuning muda!.
Arif : Oh, kuning muda. Kuning muda tu macam mana cikgu?
Guru : ???

Sunday, 9 June 2013

Pak Pandir Dan Polis

http://www.utusan.com.my/pix/2000/0524/Utusan_Malaysia/Hiburan/et1_big.jpg


Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Friday, 7 June 2013

C3rita Lucu: Kancil



Semasa cuti penggal persekolahan,Amirul yang baru menduduki kelas tadika di ibu kota dibawa ibunya pulang ke kampung datunknya di Temerloh,Pahang.
Disebabkan terlalu seronok menyambut cucu sulung pulang ke kampung,si datuk ghairah menunjukan khazanah yang ada di kampung itu.tidak ketinggalan binatang liar yang masih boleh ditemui sesekali di pinggir hutan berhampiran hujung kampung.....

Datuk:Ha......sekejap lagi kancil akan muncul celah-celah pokok itu.
Amirul:Tapi...itu kan semak.
Datuk:memang kancil suka tinggal kat situ.
Kalau nampak kelibat orang ia akan menyelinap dan hilang di celah-celah belukar.
Amirul:kat KL kancil lagi berani.Kalau traffic jam,ia cilok sana,cilok sini....dah lepas kat depan.
Datuk:(Sambil menggaru kepala)Tengoklah bsbudak sekarang...

Thursday, 6 June 2013

Konsep 'Kita'


Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri: %#@**^&%#@

Pertandingan ratu cantik


Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.

"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil bersorak

"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh

"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata "Err..dan yang ini pula,...Miss understanding"...

Tuesday, 4 June 2013

Arnab


Anjing Tom sedang memakan bangkai seekor arnab. Tom tahu arnab itu merupakan arnab jirannya lalu memarahi anjingnya... "Berhenti kamu anjing @%$&#@... apa yang patut saya buat sekarang? Tentu jiran itu akan membunuh saya... bagi saya arnab tu!"

Tom mengambil arnab itu dan memandikannya, keringkan bulunya menggunakan pengering rambut dan meletakkan arnab itu di dalam sangkar arnab yang terletak di belakang rumah jirannya. Tom berharap arnab itu akan kelihatan mati disebabkan perkara biasa...

Selang beberapa hari Tom terdengar khabar yang mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku pada arnab jirannya... Tom bertanya apa yang terjadi dan jirannya menjawab "Suatu hari arnab saya telah mati dan saya telah tanamkannya... kemudian seseorang telah mengeluarkan arnab itu dan memandikannya, lalu meletakkan arnab itu semula ke dalam sangkar lamanya... orang yang lakukan perkara ini sememangnya gila!...

Datuk Yang Hebat


Tom dan Harry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.

Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengtahui masa dia akan meninggal dunia

Harry : Hebatnya! Bagaimana dia tahu?

Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah...

Perihal semut


Alang : Kenapa semut kecik?
Along : Pasal mak bapak dia kecik...

Alang : Ada sekumpulan semut sedang berjalan-jalan untuk berhari raya di rumah kawan-kawan nya. Bile dah penat sumer duduk. Lepas tu jam dia orang nak jalan, dia orang takleh bangun, apasal?
Along : Pasal kaki dia orang semut-semut...

Monday, 3 June 2013

Belajar Bahasa Melayu Kuno.


Kali ini saya ingin membuka kelas bahasa melayu Kuno. Bahasa-bahasa ini sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Ia digunakan pada tahun sekitar 1511-1621. Kepada adik-adik, jangan gunakan dalam karangan di sekolah yerr!

1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dasyat.

2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rubella.

3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
Contoh Ayat: "Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.

6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.

Sekian dahulu kelas saya pada hari ini. Kepada komentar, sila komen apa benda yang korang nak belajar. Saya buleh ajarkan. Selamat minum sirap!

Alahai cucu atok


Pada suatu petang Ani yang berumur lima tahun sedang berehat di bawah pokok rambuatan bersama dengan datuknya sambil menikmati buah rambutan yang baru dipetik mereka. Dilihatnya begitu payah untuk datuknya memakan buah rambutan itu kerana giginya hanya tinggal dua batang sahaja. Lalu Ani pun bertanya kepada atoknya

Ani : Atok kenapa gigi atok tinggal dua batang saja?
Atok: Ani atok kan dah tua jadi orang tua semakin lama semakin sikit je gigi dia.
Ani : Ooo macamtu ke. Jadi kalau orang yang tiada gigi kira lebih tua dari atok ye
Atok: kiranya macam tu la. Kenapa Ani tanya atok macam tu?
Ani : Saje je,tapi atok Ani rasa kan kalau macam itu adik Ani lebih tua la dari atok.
Atok: Kenapa pulak Ani cakap macam tu?
Ani : Ye la,kan adik Ani takde gigi kiranya dia lebih tua dari atok la.
Atok: dalam hati (alahai cucu atok)

Makhluk Asing


Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.
"Kao dah siap barang barang untuk kiter pi bumi?" tanyer komander pader rakannyer.

"Sudah tuan....sumer suah ready....tinggal nak land je" jawab sorang lagik.

"Ok bagus...cumer tinggal satu lagik yg kiter nak kener bereskan sebelom mendarat " balas komander alien tu.

"Oh ye ke? Aper tu tuan?"

"Kiter kener turun menyerupai makhluk bumi.....takkan kiter nak turun dgn ruper kiter camnie....nanti makhluk bumi tu mesti tangkap dan buno kiter" jawab komander alien tu.

"Tapi tuan camner kiter nak menyerupai diorang paderhal kiter tak pernah nampak diorang?" tanyer sorang tu lagik.

"Ah yg tu kao jgn bimbang...kiter land secara senyap senyap, pastu kiter sembunyik kat one corner, kiter tunggu makhluk diorang keluar, pastu on the spot kiter copy dan menyerupai diorang lah" jelas komander. "Wah bagus tu cadangan tuan, amat bernas sekali usulan itu"

Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi...dgn senyap senyap mereka kuar dari spaceship dan sembunyik di belakang semak. Tak lamer kemudian mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah. Dengan menggunerkan teknologi terkini mereka pun menyerupai dua makhluk bumi .Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan kearah dua penduduk bumi yg sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yg samer, penduduk bumi itu tidak sedikitpun meraser hairan dgn kehadiran mereka. Mereka bersuara konon konon bertanyer arah jalan, tapi tidak dilayan. Tiba tiba...mereka terdengar bunyik riuh di belakang , mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yg lain sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu makhluk bumi yg dua nie terus menghilangkan diri.

"Ah cepat...cepat.....jgn kasi dia lari!!!!!" seorang daripader makhluk bumi itu meneriak pader rakan rakannyer.

Kedua dua makhluk asing ini tercegat....mereka tidak tahu aper yg telah terjadi.

"Ahhhhh dapat jugak!...kalao korang sumer nak tahu inilah dua ekor kerbau liar yg asek makan padi padi aku....ok kiter bawak ke kampung...kiter sembelih nie dua ekor kerbau." Pak Salleh memberitahu orang orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing yg baghal.

SEKIAN

Pengajaran : Kalau nak beli kerbau check betul betul dulu..pastikan dier tu kerbau..

Saturday, 1 June 2013

Bertuahnye anakku


Seorang budak baru pulang dari hari pertamanya di sekolah. Setibanya dirumah si ibu pun bertanya,
Ibu: Endut, apa yang kamu belajar ari ni nak?
Endut: Tak cukup esok kena pegi lagi.


Busuk.com

Bacaan Ilmu di sini